Lawatan MCMC, MDEC Dan POS Malaysia Di PI Semenyih

5 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menerima satu lawatan daripada pihak MCMC, MDEC dan POS Malaysia bagi melihat sendiri bagaimana Pusat Internet Semenyih sebagai Ejen Berdaftar Pos Laju.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memantau operasi Projek Ejen Berdaftar Pos di pusat – pusat internet dan Pusat Internet Semenyih merupakan salah satu daripada ejen berdaftar pos laju. Pengurus Pusat Internet Semenyih iaitu En. Anwar juga telah memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti – aktiviti yang dijalankan di PI Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali